Sidang Parlimen Khas Wajar Diadakan… Bincang COVID-19, Palestin – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sidang Parlimen khas wajar diadakan iaitu tentang COVID-19 dan juga tentang Palestin.

Katanya, sidang Parlimen Khas berkaitan Covid-17 wajar diadakan kerana ahli-ahli Parlimen boleh memberi cadangan-cadangan daripada rakyat berhubung prosedur operasi standard (SOP) dan pelbagai isu

“MP boleh luluskan peruntukan dengan lebih rapi dan telus, MP boleh beri penjelasan dengan menteri-menteri berkaitan. Seminggu boleh selesai satu isu penting,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pontian menerusi ciapan dalam laman Twitternya hari ini.

Katanya, adakan Sidang Khas Parlimen tentang Palestin supaya MP boleh beri pandangan dan kerajaan laksanakan.

“Wakil rakyat bagi pihak rakyat Malaysia. Sehari pun cukup seperti yang pernah diadakan. Rakyat tidak boleh berdemonstrasi ketika COVID-19 ini maka paling tidak wakil rakyat mereka boleh bersuara,” katanya lagi.

Terdahulu pada 12 Januari 2009, Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah memanggil sidang khas Parlimen bagi membahas dan mengusulkan 10 ketetapan untuk membela nasib rakyat Palestin akibat serangan rejim Israel ke atas Gaza dengan melibatkan smua ahli parlimen.

Berdasarkan sidang khas Parlimen terbabit, Malaysia sentiasa mencapai kata sepakat mengutuk keganasan rejim Israel yang bertindak ganas.

Dilaporkan, sidang Parlimen ditangguhkan ekoran pelaksanaan darurat selepas pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Jan lalu bagi membendung pandemik COVID-19,

Susulan itu, sidang parlimen, dewan undangan negeri (DUN) dan pilihan raya – termasuk pilihan raya umum, negeri atau kecil – tidak akan diadakan sepanjang perintah darurat berkuat kuasa.

Namun demikian, Pada 24 Feb lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.