Guru Hadirnya Ditunggu… Hilang Dirindu, Ilmunya Diburu – Sharkar Shamsudin

KUALA LUMPUR, 16 Mei –Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengucapkan selamat Hari Guru buat pendidik di seluruh negara.

Katanya, tarikh 16 Mei ini merupakan signifikan buat para guru yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara.

“Sekali lagi tarikh keramat ini diraikan oleh seluruh warga pendidik di seluruh negara. Tugas guru adalah tugas yang mulia.

“Sesungguhnya, sama ada kita guru, murid atau bekas murid, hari inilah waktunya kita menyampaikan penghargaan yang khusus dan istimewa, lebih istimewa daripada ucapan penghargaan yang kita ucapkan setiap hari kepada guru kita atau bekas guru kita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang juga tidak melepaskan peluang memberikan ucapan kepada guru-guru yang pernah mendidik beliau.

“Buat semua guru yang pernah saya menimba ilmu daripada kalian, terima kasih yang tidak terhingga semoga hidup kalian sentiasa dirahmati-Nya.

“Kepada seluruh warga pendidik, jadilah seorang guru yang hadirnya ditunggu, hilang dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru.

“Selamat Hari Guru buat semua para pendidik… guru pembina negara bangsa,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.