Didikan Guru… Generasi Belia Mampu Mengubah Kemajuan Dekad Baharu- Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berpandangan guru-guru memainkan peranan penting dalam mendidik golongan muda menjadi pendukung kepada masa depan negara.

Beliau berkata demikian sebagai meraikan Hari Belia yang disambut semalam dan Hari Guru pada hari ini.

“Meraikan dua tarikh. Belia pemangkin transformasi dan kemajuan untuk dekad baharu ini – dekad yang telah bermula dengan ujian yang amat mencabar.

“Moga ia akan berakhir dengan sinar harapan yang memancar

“Tiada generasi belia mampu mengubah apa-apa jua tanpa guru-guru yang tak henti mengasuh pelapis dan pengganti seterusnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu juga berkata, sebagai rakyat Malaysia yang merdeka kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kesejahteraan yang dimiliki pada ketika ini.

“Lumrah kesinambungan sesebuah masyarakat dan negara bangsa merdeka. Disebalik sebarang kekurangan di Malaysia, kita wajar bersyukur dapat merai dan menandakan kesinambungan ini – tidak semua saudara kita mahupun lain negara diberi peluang sama.

“Individu, kelompok, Boomers, Gen X, Gen Y, Gen Z, dan kini Generasi Alpha (belia yang lahir selepas tahun 2000) – semua datang dan akan pergi.

“Yang kekal adalah agenda dan matlamat terus membangunkan negara dan masyarakat supaya dapat diwariskan sesuatu yang lebih sempurna. Moga dalam perjalanan ini, negara kita terus dikurniakan keberkatan Ilahi. Selamat Hari Belia dan selamat Hari Guru,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.