Zahid Kesal Fitnah Terus Jadi Senjata Biarpun Ramadhan Baru Sahaja Berlalu

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan kewujudan ‘group whatsApp’ dalam tangkap layar yang disebarkan oleh pihak tertentu di media sosial.

Malah menerusi hantaran di Facebooknya, Ahmad Zahid turut menegaskan berita laporan Agenda Daily juga adalah fitnah jahat terhadap UMNO.

“Tidak ada group whatsApp seperti dalam tangkap layar dan berita laporan Agenda Daily juga adalah fitnah jahat terhadap UMNO,” katanya.

Beliau seterusnya kesal apabila fitnah dijadikan senjata untuk memfitnah UMNO walaupun Ramadhan baru sahaja berlalu.

“Baru dua hari kita meninggalkan bulan Ramadan namun syaitan membawa fitnah sudah bekerja keras memfitnah UMNO,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh : Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.