Krisis Di Palestin Perlu Buka Mata Pelbagai Pihak Terutama Pertubuhan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Krisis kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai di Palestin seharusnya membuka mata pelbagai pihak terutama pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengerusi Yayasan Kebajikan Insan, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata Aidilfitri sepatutnya hari bahagia bagi umat Islam namun adalah yang sebaliknya bagi penduduk di Palestin yang berdepan kezaliman daripada rejim Israel.

“Aidilfitri sepatutnya hari bahagia umat Islam tapi saudara kita di Palestin terpaksa bertarung nyawa kerana keganasan rejim Israel.

“Malaysia telah mainkan peranannya dalam mendesak menghentikan keganasan ini. Kini, pihak pertubuhan antarabangsa seperti PPB perlu bertindak,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Najmil seterusnya mengharapkan agar semua pihak mendoakan kesejahteraan untuk penduduk di Palestin.

“Jangan berat sebelah bila melibatkan umat Islam. Ini krisis kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai.

“Sama-sama kita doakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di Palestin,” ujarnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.