Terus Perkukuh UMNO, Cari Titik Persamaan Dan Teruskan Khidmat Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Haryaty Hamdzah mengajak ahli-ahli UMNO untuk terus memperkukuh parti dengan tekad berkhidmat kepada rakyat dan mempertahankan agama, bangsa serta negara.

Katanya, meniti usia UMNO yang ke 75 tahun ia adalah satu usia yang cukup matang dalam menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran yang melanda.

“UMNO pada usia yang ke 75 tahun adalah usia yang cukup matang dan saya harapkan agar pemimpin parti dapat memlih untuk mencari titik persamaan dan mengurangkan perbezaan kerana kita tidak patut lagi berpecah sebaliknya memperkukuh parti.

“Carilah detik pertemuaan dan persamaan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan dan memastikan kekuatan UMNO dalam satu kekuatan yang ‘total’ untuk berhadapan parti pembangkang atau menerajui kerajaan semula sebagai parti induk.

“Kita perlu mainkan peranan dan tidak kisah sama ada peringkat cawangan sampai ke peringkat tertinggi untuk memastikan UMNO terus berada di puncak kejayaan,” katanya kepada UMNO -Online, hari ini, di sini.

Bagi ahli UMNO Bahagian Jelutong, Ahmad Yakqub Nazri berkata UMNO adalah sebuah parti yang tertua di negara ini dan UMNO akan mencapai usia 75 tahun pada 11 Mei.

“Usia kalau mengikut dari segi perbandingan pada manusia dikatakan sebagai ‘orang tua’ atau warga emas tapi bagi parti yang seperti UMNO ia adalah usia yang sangat matang. Kita melalui berbagai-bagai cabaran sepanjang perjalanan UMNO sebagai sebuah parti dan melalui terlalu banyak cubaan dan rintangan tetapi UMNO muncul sebagai sebuah parti yang dapat menangani segala permasalahan rakyat.

“Kematangan UMNO dalam usia Jubli Intan ini amat penting khususnya orang Melayu/Islam yang mana parti ini adalah parti yang akan terus memperjuangkan agama, bangsa dan negara dalam ertikata ‘Alif Ba ta’.

“UMNO akan terus menjadi penegak perjuangan dalam keadaaan bukan pemerintah yang sebenar dan kerajaan yang separuh masak ini. Marilah kita menunjukkan sebuah parti yang matang dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran untuk kita menjadi peneraju kerajaan pada masa akan datang,” ujarnya lagi – UMNO Online

@umnoonline