Raikan Hari UMNO Dan Aidilfitri Dengan Semangat Perjuangan Baharu – Shahaniza

MARAN, 12 Mei – Ulang Tahun UMNO ke-75 dan Aidilfitri yang bakal menjelma dalam masa terdekat diharap memberikan satu semangat baharu untuk ahli parti kekal beristiqamah meneruskan perjuangan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, ahli UMNO perlu berjiwa besar dan sentiasa bermuhasabah diri dengan ujian yang ditempuhi parti.

“Sempena sambutan dua perayaan bermakna buat kita ini sewajarnya membuatkan kita terus beriltizam untuk memertabatkan dan berjuang demi agama, bangsa, negara.

“Kita semua kena muhasabah diri… kena berjiwa besar sekiranya kita harus pergi, kira harus laksanakannya, namun sekiranya kita perlu berjuang, kita harus kekal berjuang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata ini kerana selama ini UMNO merupakan tempat bergantung harap orang Melayu untuk membela nasib mereka serta menjadi penaung kepada bangsa-bangsa lain juga.

“Jadi saya kira UMNO kena menerima hakikat perubahan zaman dan semua kepimpinan UMNO di semua peringkat mesti berjiwa besar dengan mengutamakan parti.

“Harapan saya hendak melihat kembali UMNO itu menjadi satu kuasa yang kukuh untuk tempat bergantung bagi orang Melayu dan warga Malaysia keseluruhannya,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.