Pelbagai Cabaran Luar Biasa Namun Semangat Aidilfitri Tetap Diteruskan – Shahril Hamdan

?v=kUErT9KXYhs

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Aidilfitri yang bakal menjelma adalah yang kedua buat umat Islam menyambutnya dalam pelbagai cabaran, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Katanya, walaupun cabaran yang dianggap sebagai luar biasa ini namun semangat bermaaf-maafan sesama insan tetap diteruskan.

“Tahun ini adalah tahun kedua kita menyambut Aidilfitri dalam serba cabaran yang luar biasa tetapi kita harap semangat hari raya dan semangat maaf bermaafan yang memang telah menjadi budaya kita dalam Malaysia dan juga orang Islam semasa menyambut Aidilfitri ini dapat diteruskan.

“Kita ambil semangat bermaaf-maafan terutamanya dikalangan ahli UMNO supaya tidak ada sebarang pertikaian, tidak ada sebarang perpecahan dan kita ambil semangat Aidilfitri ini dengan membawa ke bulan-bulan seterusnya untuk kejayaan kita bersama,” katanya kepada UMNO Online.

Seterusnya beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mengingatkan semua pihak agar terus menjaga Standard Operasi Prosuder (SOP).

“Dalam kekangan atau cabaran COVID-19 ini tentunya saya mengingatkan diri saya, keluarga dan semua untuk menjaga SOP dan kita patuhilah kekangan-kekangan tersebut kerana itulah yang akan memastikan kita semua berjaya keluar daripada kemelut ini… insya-Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.