Manfaatkan Aidilfitri Bersama Keluarga, Maaf Zahir Dan Batin – Ahmad Maslan

 

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa rakyat mahupun ahli UMNO agar dapat memanfaatkan sambutan Aidilfitri bersama keluarga walaupun tidak dapat pulang ke kampung masing-masing.

Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat.

“Saya ingin merakamkan ucapan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua ahli UMNO dan juga rakyat Malaysia, mudah-mudahan hari raya ini tetap meriah walaupun kita tidak bersama keluarga di kampung atau dimana juga kita berada.”

Beliau berkata demikian kepada UMNO Online sempena ucapan Aidilfitri.

Dalam pada itu Ahmad turut memberikan pantun untuk umat Islam di seluruh Malaysia.

“Bersama rakan setiap hari,
senang sepakat susah ditampung;
ayuh meriahkan Aidilfitri,
walau tak dapat balik kampung.

“Senang sepakat susah ditampung,
bayarlah zakat tuntutan agama;
walau tak dapat balik kampung,
keluarga terdekat tetap bersama.

“Warna emas sinar mentari,
redup cahaya bertudung satin;
disusun kemas sepuluh jari,
maafkan saya zahir dan batin.

“Redup cahaya bertudung satin,
mencari sumur jumpa telaga;
maafkan saya zahir dan batin,

panjang umur bertemu juga,” ujarnya – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.