Jubli Intan: UMNO Parti Tunjang Negara… Terus Berbakti Untuk Rakyat – Kamaruzzaman Johari

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Sempena ulang tahun UMNO yang ke-75, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Datuk Kamaruzzaman Johari mengharapkan parti keramat ini terus didokong oleh rakyat Malaysia.

Katanya, ini kerana UMNO telah banyak menabur jasa kepada pembangunan negara dari awal penubuhannya hingga ke hari ini.

“Selamat ulang tahu UMNO yang ke-75 harapan saya semoga UMNO terus menjadi parti tunjang kepada orang Melayu.

“Seterusnya secara berterusan disokong oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia untuk agama, bangsa dan juga negara yang tercinta ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Kamaruzzaman, ahli akar umbi menjadi tonggak terpenting parti kerana mereka ini yang menjadi peranan utama parti untuk mendekati rakyat di samping melakukan kerja khidmat bakti.

“Mudah-mudahan di negeri-negeri juga kita terus kuat dan terus menyokong kepimpinan parti dan juga memberi peluang kepada ahli-ahli untuk bersama-sama menjayakan parti UMNO ini,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.