UMNO 75: Terlalu Banyak Jasa UMNO Pada Negara – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR, 10 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata selama 75 tahun UMNO telah berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air iaitu sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946.

Katanya, perjuangan dan pengorbanan UMNO ini adalah demi  ABATA (agama, bangsa dan tanah air) dan ia perlu diteruskan untuk tahun-tahun mendatang.

“Perlembagaan baru UMNO telah diluluskan dengan pindaan-pindaan dan kita telah meletakkan perjuangan agama, bangsa dan tanah air dengan jelas sekali dalam perjuangan UMNO untuk tahun-tahun seterusnya.

“Syukur kita rakyat Malaysia sama ada ahli UMNO ataupun tidak telah menerima jasa-jasa UMNO dengan begitu banyak sekali semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) 63 tahun yang mana UMNO adalah tonggaknya, mudah-mudahan generasi yang mendatang akan teruskan perjuangan bersama dengan UMNO.

“Saya ingin juga merakamkan ucapan selamat menyambut ulang tahun hari UMNO ke-75 yang juga dikenali juga sebagai Jubli Intan UMNO kepada seluruh ahli UMNO dan pendokong-pendokongnya,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian yang sememangnya terkenal suka berpantun telah memberikan pantun semangat kepada seluruh ahli UMNO sempena ulang tahun UMNO yang ke 75.

Semangat sedikit jangan dibuang,
sekian lama sudah membara;
UMNO bangkit terus berjuang,
demi agama, bangsa negara.

Sekian lama sudah membara,
sepanjang hayat dilupa jangan; demi agama bangsa negara,
prihatin rakyat jadi pegangan,
mudah-mudahan UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia
.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.