UMNO 75 Tahun: Ahmad Zahid Ajak Bersatu Hati Perkasa Parti Demi Kesinambungan Perjuangan

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak ahli-ahli UMNO untuk terus bersatu hati bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO bersempena ulang tahun parti yang ke-75.

Katanya, tahun ini adalah tahun yang amat bersejarah bagi semua ahli UMNO untuk kita menyambut Ulang Tahun UMNO Ke 75 iaitu Jubli Intan.

“Sebagai Presiden UMNO, saya ingin menitipkan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun UMNO ke 75 kepada semua ahli di peringkat akar umbi, cawangan dan Bahagian dan peringkat nasional.

“Tidak dilupa juga kepada pendiri bangsa, tokoh-tokoh UMNO yang telah pergi meninggalkan kita. Terlalu besar jasa mereka sehingga UMNO terus bertahan sehingga sekarang walaupun diuji dengan pelbagai fitnah dan mehnah yang dilalui,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun UMNO ke-75.

Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), UMNO sedar bahawa kita perlu mematuhi SOP dalam pandemik ini namun ia tidak boleh untuk menahan dari meraikan ulang tahun ke -75 ini.

“UMNO merupakan sebuah parti besar dari peringkat cawangan hingga ke pusat dan UMNO mempunyai ‘track record’ yang panjang iaitu selama 63 tahun telah mentadbir negara kita tetapi kita kurang kerusi untuk membentuk kerajaan… kita hanya sekadar melukut di tepi gantang sekatang ini sekarang ini.”

Namun begitu katanya, arus masyarakat yang melihat UMNO kembali jelas dalam perayaan 75 tahun agar UMNO terus untuk membawa perubahan.

“Marilah kita sama-sama bersatu untuk memperkasakan pemimpin-pemimpin termasuk pemimpin pelapis agar ada kesinambungan di dalam kita menakhodai negara kita kelak dan kita harap apa juga yang kita lakukan mesti dengan bersatu hati

“UMNO adalah parti yang paling dipercayai. Manifesto kita atau aku janji kita tidak pernah dimungkiri dan insya-Allah ini jugalah yang akan kita perjuangankan, yang akan kita sama-sama teruskan sempena dengan perayaan ke 75 tahun UMNO.

“Akhir kata, semoga roh perjuangan kita terus membara mengibarkan panji-panji UMNO apabila semboyan dibunyikan. Salam perjuangan dan selamat ulang tahun UMNO yang ke-75.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.