Teruskan Perjuangan UMNO Demi Menjaga Rakyat Malaysia – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Mei – UMNO akan menyambut ulang tahun yang ke 75 pada 11 Mei ini dan hari raya Aidil Fitri pada 13 Mei, kedua-dua tarikh ini amat dekat, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ulasnya, walaupun tarikhnya berdekatan tetapi ia amat bermakna buat akar umbi UMNO yang akan dapat meraikan kedua-dua sambutan ini.

“Kita lihat tahun ini berbeza dan kita menyambut dua sambutan yang besar dalam masa yang sama iaitu Hari Raya Aidilfitri dan juga Ulang Tahun UMNO yang ke 75 tahun.

“Selamat menyambut hari ulang tahun UMNO ke 75. Selama 75 tahun UMNO memberikan kuasa kepada bukan saja umat Melayu tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan berbilang kaum ini.

“Kepada ahli UMNO… kita teruskan perjuangan bagi memastikan seluruh masyarakat Malaysia terus dibela dan dijaga oleh UMNO. Selamat menyambut ulang tahun UMNO yang ke 75 tahun,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Dalam pada itu Ismail turut menasihati kepada seluruh umat Islam agar dapat mengikuti Standard Operasi Prosuder (SOP) apabila menyambut Aidilfitri.

“Kepada umat Islam seluruh Malaysia tahun ini sambutan hari raya masih lagi dalam menghadapi pandemik COVID-19. Di setengah negeri seperti Kelantan begitu tinggi sekali positif COVID-19 walaupun di tempat lain masih lagi PKPB dan PKPP.

“Kita tidak boleh alpa dan lupa bahawa virus COVID -19 masih lagi berada di sekitar kita walaupun kerajaan memberikan sedikit kelonggaran untuk sambutan hari raya tapi kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri, keluarga dan juga masyarakat di sekitar kita.

“Patuhilah SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi memastikan diri, keluarga dan juga masyarakat kekal selamat. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.