75 Tahun Perjuangan UMNO Satu Tempoh Panjang – Armand

KUALA LUMPUR, 7 Mei – 75 tahun perjuangan UMNO merupakan satu tempoh yang cukup panjang dan ianya adalah satu perjalanan yang cukup jauh bagi sesebuah parti politik dan ini menggambarkan satu keadaan yang cukup jelas bagaimana UMNO menyelusuri perjuangan sejak sekian lama.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azhar Abu Hanifah berkata pelbagai cabaran telah ditempuhi samaada baik dan buruknya sepanjang perjuangan hingga ke hari ini.

“Saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun UMNO ke-75. 75 tahun kita merealisasikan perjuangan, 75 tahun UMNO merintis pelbagai cabaran baik buruk dan sebagainya. Tetapi yang pasti gelombang dan cabaran yang kita lalui sentiasa akan kita keluar dengan lebih kuat dan sebagainya,” katanya kepada UMNO Online.

UMNO akan menyambut 75 tahun perjuangannya dan merupakan sambutan Jubli Intan pada 11 Mei nanti.

Armand yang juga Ketua UMNO Subang seterusnya yakin dan percaya selepas 75 tahun parti tersebut akan terus gagah mendepani cabaran.

“Saya yakin selepas 75 tahun Jubli Intan ini, UMNO akan terus menjadi parti yang kuat dan terus dekat dihati rakyat. Ayuh kita gerakkan sama-sama perdamaian, penyatuan, pengukuhan dan perpaduan parti kita demi kelangsungan parti kita. selamat menyambut ulangtahun parti UMNO ke 75,” tambahnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.