Pemimpin Kerajaan Jangan Hanya Tahu Tuding Jari, Ada Sebab Kenapa Rakyat Marah – Asyraf

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengharapkan agar pemimpin kerajaan tidak mengambil sikap tuding jari sebaliknya sama-sama bermuhasabah mengapa rakyat marah dalam keadaan hari ini.

Menurut beliau cukup-cukuplah bersikap sedemikian rupa kerana sebagai pemimpin, mereka perlu memahami dan perlu menyedari bahawa mereka diangkat untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Ada Pemimpin Kerajaan dakwa rakyat dihasut untuk marah. Bagaikan ada perancangan sistematik untuk bangkit kemarahan rakyat. Cukup-cukuplah menuding jari dan mencari salah. Lebih baik ambil peluang bermuhasabah. Ada sebab kenapa rakyat marah.

“Rakyat Marah sebab wujud ‘Double Standard’ dalam pematuhan SOP, rakyat marah sebab wujud layanan berbeza dari segi penguatkuasaan undang-undang dan rakyat marah sebab kompaun dikenakan tanpa pertimbangan kemanusian bahkan seringkali bersifat dwi-standard (kayangan dan marhain).

“Rakyat Marah sebab perlaksanaan SOP dilihat tidak konsisten dan caca merba, rakyat bukan marah sebab PKP tetapi cara perlaksanaannya yang membuatkan rakyat marah,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata beliau lagi, fahamilah keresahan rakyat dan selamilah kepayahan rakya serta dengarilah denyut nadi dan suara hati rakyat kerana pemimpin diangkat oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.