Jubli Intan UMNO: Rakyat Nilai Sendiri Keupayaan UMNO Tadbir Negara – Noh Omar

KUALA LUMPUR, 5 Mei – UMNO merupakan satu-satunya parti yang pernah melalui zaman kegemilangan namun juga tidak dapat dielakkan menempuhi ujian dalam berpolitik, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Tan Sri Noh Omar.

Bagaimanapun katanya, di sebalik mendepani ujian ini sebenarnya rakyat boleh membandingkan sendiri keupayaan sebenar parti-parti politik selain UMNO dalam menguruskan pentadbiran negara.

“Walaupun kita telah hilang kuasa dan tidak berkuasa sepenuhnya namun saya percaya dan yakin bahawa rakyat boleh menilai parti mana yang terbaik memerintah negara kita selama ini.

“Saya yakin rakyat boleh buat perbandingan ini dan tidak dapat dinafikan selama ini UMNO merupakan tunjang kerajaan sejak merdeka hingga 60 tahun.

“UMNO telah berjaya membangunkan negara kita, membela nasib agama, bangsa serta memperkukuhkan ekonomi negara,” katanya bersempena menjelangnya ulang tahun UMNO ke-75 pada 11 Mei ini.

Sementara itu, sempena hari raya Aidilfitri yang akan disambut beberapa selepas itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor berharap agar umat Islam di negara ini sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Selamat hari raya Aidilfitri kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara dan juga rakyat dengan harapan dan iringi doa semoga sambutan hari raya tahun ini walaupun dalam keadaan yang luar biasa.

“Mungkin tidak boleh balik kampung, tidak boleh meraikan bersama dengan keluarga tetapi yang pentingnya adalah kita berjaya menunaikan ibadah puasa kita dan kita menyambut hari raya Aidilfitri seperti mana yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Oleh itu, saya mohon semua kita kena jaga kita dan sama-sama bertanggungjawab untuk mengekang COVID-19 walau pun dalam suasana kita sambut hari raya Aidilfitri ini,” jelasnya lagi. –UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.