Ahli UMNO Terus Cekal… Raikan Ilitizam Baharu, Rayakan Nilai Perjuangan – Fadzli

MARAN, 4 Mei – Mengambil berkat menjelangnya Ulang Tahun UMNO ke-75 dan perayaan Aidilfitri kali ini, ahli UMNO diseru cekalkan hati setelah menempuhi pelbagai ujian bagi memperjuangkan parti keramat ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, ini kerana di sebalik cabaran akan datang detik indah dan ianya menjadi saksi kepada ketahanan ahli parti dalam meneruskan perjuangan.

“Prinsip kita ini tidak lain tidak bukan untuk agama, bangsa dan tanah air kita… pasti ada sedikit pengorbanan tapi nanti kita akan rasailah nikmat kejayaan bersama.

“Tiada istilah lari daripada perjuangan sebaliknya pasakkan semangat ini, kukuhkan iltizam kita untuk semangat lebih tinggi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya lagi, senario politik kini sudah berubah, oleh itu ahli parti perlu mencari titik persamaan di samping meraikan sebarang perbezaan pendapat selagi ianya memberikan kebaikan kepada parti.

“Kita raikan perbezaan pendapat kerana pada tahun ini senarionya cukup berbeza, ‘moodnya’ juga cukup berbeza kerana pada tahun ini orang sebut sebagai tahun pilihan raya.

“Inilah cabaran kita yang sebenarnya, bila kalah memang macam-macam ujian tapi pimpinan di setiap peringkat perlu tabah, cekal dan perlu berstrategi untuk bentuk hala tuju baharu iaitu mengambil ‘mood’ Ulang Tahun UMNO yang ke-75 ini.

“Buatlah demi parti, demi survival kelangsungan parti dan kembalilah kepada perjuangan asal kita untuk agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.