Sambung Yang Tergendala Bersama Rider Penghantaran Makanan

BIASANYA mereka yang menghantar makanan kepada kita. Hari ini kita pula yang meraikan mereka.

Berbuka puasa dan berdialog bersama rider Grab, Foodpanda dan Rempitz.

Menyantuni dan mengumpul maklumbalas penambahbaikan industri ekonomi gig yang semakin meluas.

Malaysia tidak boleh terkebelakang dalam merangka dasar yang melindungi kebajikan mereka.

Mungkin pada era awal industri ini, banyak kelonggaran diberikan kepada syarikat-syarikat yang disifatkan sebagai “startup”. Tetapi setelah beberapa tahun, syarikat-syarikat ini bukan lagi kecil malah sudah bernilai tinggi yang menuntut suatu perhatian serius kepada sistem perundangan yang terpakai kepada pekerja “gig”.

Terima kasih kepada semua yang bergelumang dalam pekerjaan ini – sebahagian besar daripada kita sentiasa tersentuh dengan perkhidmatan penghantaran mereka.

Dalam mengejar rezeki tatkala ekonomi mencabar, didoakan semoga semuanya selamat terpelihara di jalan raya.

#SYT

Shahril Hamdan
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.