Asam Garam Berparti Pemangkin Semangat Juang, Pastikan UMNO Terus Mantap – Tasyrif

MARAN, 30 April – Kurang dua minggu lagi, UMNO bakal berusia genap 75 tahun dengan ulang tahun penubuhannya pada 11 Mei nanti yang menjadi tarikh bermulanya perjuangan bangsa Melayu dalam memastikan agama, bangsa dan negara berdaulat.

Bersempena ulang tahun UMNO yang ke-75 ini, ahli UMNO diseru untuk mengambil pedoman terhadap situasi semasa parti dan memantapkannya demi masa hadapan.

Jelas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Tasyrif Sabaruddin di sebalik iktibar kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu seharusnya semangat baharu perlu disemai di setiap daripada kalangan ahli parti.

“Sebenarnya atas dasar parti kita ini yang sudah lama ditubuhkan dan memang banyak asam garam yang kita lalui selaku ahli parti, sama di peringkat kepimpinan mahupun ahli-ahli.

“Semuanya telah lali sebenarnya dengan apa yang telah berlaku pada parti.

“Sebenarnya saya amat berharap semoga dengan kehadiran hari lahir UMNO ini kita dapat terus memperkukuhkan parti kita menjadikan ianya terus relevan di mata rakyat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, menjelang hari raya Aidilfitri ini juga beliau mengharapkan ianya membawa kepada lembaran baharu serta jalinan ukhuwah.

“Bersempena dengan bulan yang mulia ini kita akan menghadap hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, saya bagi pihak kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Maran ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri.

“Saya mengharapkan sempena sambutan dua hari istimewa ini yang paling penting sekali ialah saya mengharapkan kerjasama sama ada diperingkat kepimpinan dan akar umbi.

“Dan saya rasa ini adalah satu resepi yang penting bagi kita meneruskan kesinambungan dan kerelevanan parti kita untuk masa akan datang,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.