Ketepikan Segala Titik Bengit Agar UMNO Terus Melangkah Ke Depan

BANGI, 29 April – Ahli UMNO hari ini diajak agar mengenepikan segala titik bengit dalam usaha memastikan parti terus bergerak ke depan.

Mengambil contoh kepimpinan baharu dan lama yang bersama dalam satu Iftar Jama’i UMNO Bangi petang tadi, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata itulah yang seharusnya berlaku.

“Ketepikan titik bengit jika ada… tidak ada yang baharu tidak ada yang lama… yang tua menyayangi yang muda dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas Majlis Iftar Jama’i UMNO Bahagian Bangi, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Ketua UMNO bahagian Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, pimpinan bahagian negeri Selangor dan setempat lain.

Turut diraikan asnaf dan para pelajar yang menerima bantuan.

Ahmad Zahid seterusnya berkata kedatangan 10 malam terakhir Ramadan harus dihidupkan dengan pelbagai amalan.

“Bulan Ramadan yang melepasi garis hari ke-15 ertinya dalam tempoh beberapa hari lagi akan berada 10 Ramadan akhir.

“Yakinlah kalau kita tertumpu dan hidupkan malam-malam akhir Ramadan insya-Allah.

“Tahniah kepada Datuk Zaidi dan mudah-mudahan apa yang dilaksanakan pada hari ini mendapat barakah, insyaAllah,” tambahnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.