Kompaun RM50,000: Janganlah Tambah Beban Ketika Rakyat Berdepan Situasi Sukar – Zahida

KUALA LUMPUR, 27 April – “Janganlah menambah beban lain ketika rakyat sudah setahun lebih berhadapan dengan situasi sukar,” tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berhubung isu peniaga burger dikompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi melebihi tempoh dibenarkan.

Ujarnya, Prihatin kepada rakyat mestilah dibuktikan melalui tindakan.

“Saya punya ramai kawan-kawan peniaga kecil-kecilan termasuk peniaga burger di tepi jalan.

“Amat memahami keterdesakkan mereka mencari pendapatan lebih ketika musim COVID-19. Ada yang terpaksa berniaga burger kerana hilang pekerjaan.

“Simpati pada mereka,pendapatan pula tak seberapa, jadi kalau kompaun hingga RM50,000 ni berapa tahun pula mereka nak kumpul untuk bayar?” ujarnya dalam kenyataan melalui laman facebooknya, hari ini.

Bidas Zahida, tiada salahnya pada penguatkuasaan undang-undang dalam tempoh Perintah Kawalan sekarang ini, cuma dalam situasi tertentu pihak Polis mungkin boleh gunakan ‘budi bicara’ atau amaran sebelum kompaun di keluarkan.

“Sekiranya peniaga masih berdegil, baru lah kompaun sewajarnya dikenakan jika jelas mereka melanggar SOP,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.