MPT Bersatu Kurang Ajar, Kenyataan Populis Akibatkan Huru-hara Politik – Armand

KUALA LUMPUR, 19 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Muhammad Faiz Na’aman yang dianggap bersikap kurang ajar dengan mengeluarkan kenyataan populis yang boleh akibatkan hura-hara politik negara ibarat seekor ‘Anjing Salakan Politik’.

Jelasnya, Tindakan ‘Barking Dog’ MPT Bersatu Muhammad Faiz Na’aman amat memalukan dan dilihat kurang bijak walaupun akan ada yang menganggapnya sebagai hak dan kebebasan bersuara, namun sedemikian ia tidak sewajarnya berlaku malah harus belajar menghormati kepimpinan UMNO yang membantu membina kerajaan Perikatan Nasional.

“Saya Selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO secara tegas ingin nyatakan kenyataan biadap dan kurang ajar Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan ‘Kluster Mahkamah’ sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi, sikap kurang ajar beliau yang mengeluarkan kenyataan populis boleh akibat hura-hara politik negara ibarat seekor ‘Anjing Salakan Politik’.

“Saya ingin minta YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan atas keceluparan kenyataan yang beliau keluarkan. ‘Anjing Salakan’ ini harus paham dan terima kenyataan penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini adalah kerana sokongan UMNO, tanpa sokongan UMNO tidak mungkin Presiden Bersatu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia,” tegas beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan berkaitan isu terbabit.

Ujar beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang, kepimpinan UMNO kini semua meletakkan keutamaan untuk fokus perkukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat dalam kita sedang diuji dengan pandemik COVID-19.

“Kepimpinan UMNO menunjukan contoh yang baik pada rakyat dalam situasi terkini,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.