‘Berpadu Demi Maruah’? Kedaulatan Sabah Diminta Berunding!

BILLBOARD di atas dapat dilihat di merata tempat di seluruh Sabah. Datuk Seri Shafie Apdal menggunakan slogan “UNITY” dengan hashtag “Berpadu demi maruah”. Peliknya, gambar beliau yang terpampang sebesar-besarnya!

Melihat billboard ini, Kak Su tertanya-tanya, apa maksud “perpaduan” yang beliau kempenkan? “Berpadu demi maruah”? Maruah siapa? Maruah Shafie atau maruah Sabah? Kenapa dengan maruah Shafie?

Mungkin maruah Shafie barangkali. Mungkin beliau mahu rakyat Sabah berpadu demi mempertahankan maruahnya yang beliau sendiri cemarkan. Tidak sampai sepenggal, beliau bubar DUN Sabah, maruahnya goyah di mata orang Sabah?

Pada Kak Su, jika berpadu demi maruah Sabah, sudah tentu ada bendera, peta Sabah atau identiti rakyat Sabah yang terkenal dengan berbilang etnik?

Entahlah, mungkin Bagi Shafie, maruah beliau lebih penting untuk diperjuangkan berbanding rakyat dan negeri Sabah?

Beliau mengutarakan slogan “perpaduan”, namun dalam masa yang sama beliau cuba “menegakkan benang yang basah” mencadangkan agar Kerajaan Malaysia berunding tentang tuntutan Kerajaan Filipina ke atas kedaulatan Sabah?

Dikritik Menteri Luar, DS Hishamuddin Tun Hussien dan “bossku” DS Najib Tun Razak, rakyat Sabah semakin celik mata melihat “true colours” Shafie. Mungkin geram dikritik hebat rakyat Sabah sendiri, beliau meminta pula 1 batalion di hantar ke Lahad Datu?

Habis? Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE), itu apa? Tolonglah kenang jasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang bersengkang mata, tenaga dan menjaga keamanan serta kedaulatan negara dan negeri Sabah sejak 2013!

Menyebut tentang “perpaduan” versi Ketua Menteri sementara itu, terlintas pula difikiran Kak Su tentang “Semporna Centric” yang disifatkan rakyat Sabah sebagai “dasar peribadi tidak rasmi” beliau.

Khabarnya, mereka yang datang dari Semporna saja dilantik ke jawatan penting Kerajaan Negeri Sabah?

Beliau mahu rakyat Sabah berpadu demi maruah, tetapi bagaimana dengan maruah orang Sabah dari daerah lain?

Mereka tidak layak dan tidak sesuai untuk dilantik sama? Tidakkah beliau sedar “polisi peribadi” ini menimbulkan rasa kecewa dan memecah-belahkan rakyat di seluruh Sabah?

Lebih mengusik hati Kak Su, tidak sampai sepenggal Warisan menguasai Sabah, seramai 477 calon akan bertanding pada PRN Sabah pada 26 September ini. Sebanyak 26 Dun merekodkan pertembungan 6 penjuru, 15 Dun (5 penjuru), 13 Dun (7 penjuru), 6 Dun (8 penjuru), 5 Dun (4 penjuru), dan 3 Dun masing-masing untuk 3 dan 9 penjuru.

Paling “berpadu”, Dun Bengkoka akan ditandingi 11 penjuru & Dun Inanam pula 10 penjuru?

Itukah hasil “perpaduan” di Sabah versi Shafie selama tempoh beliau mengetuai Kerajaan Negeri?

Kak Su fikir, jika rakyat Sabah berpadu menyokong kepimpinan Shafie, sudah tentu rendah bilangan calon dan perebutan kerusi yang dipertandingkan, hanya memadai dengan 2-3 penjuru sahaja.

Nampaknya, ada yang tidak kena dan aneh pada kempen “perpaduan” versi Shafie Apdal ini. Mungkin kerana itu ramai rakyat Sabah yang Kak Su temui mengkritik pedas dasar-dasar beliau.

Mungkin kerana itu juga majoriti rakyat merasakan wajar untuk “ubah balik” Kerajaan Negeri Sabah pada 26 September ini. Kita akan bantu rakyat Sabah “ubah balik”.

Kita kembalikan Sabah kepada rakyat yang mahukan BN sebagai peneraju Kerajaan Negeri, insya-Allah…

Demi kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah, kita doakan agar BN sekali lagi menempa kejayaan manis di sini. Tetap patuh pada SOP PKPP yang ditetapkan, kami akan terus berjuang di Bumi Di Bawah Bayu ini. Doakan kami…

Hidup UMNO! Hidup BN! Hidup MN! Allahu Akbar! Kita teruskan perjuangan ini.

Ikhlas,

Kak Su (Datuk Suraya Yaacob)

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.