Penyahwartaan Hutan Simpan K. Langat Utara: Alasan MB Selangor A++, Luar Kotak Level Seribu – Shahril

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahril Sufian Hamdan dengan sinis yakin Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Amirudin Shari bukan berniat untuk menghina akal rakyat dengan alasan berkaitan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Sindirnya, cuma rakyat sahaja yang perlu tingkatkan kebijaksanaan untuk memahami rasionalnya.

“Mohon maaflah akal saya tak sampai lagi level MB sekarang ini sebab itu termenung kejap bila baca laporan berita kenyataan beliau.

“Sebab memang luar kotak level seribu. Harap boleh jelaskan dalam kenyataan media susulan sebab rasanya isu ini hidup lama lagi,” bidasnya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Shahril merujuk keada penjelasan Amirudin yang disifatkannya bertaraf A++ berkaitan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara adalah kerana mengelakkan pembakaran terbuka dan juga 40% kawasan tersebut bukan lagi ‘hutan dara’.

Tambahnya lagi disebabkan itu adalah alasan A++ yang cukup luar kotak, maka tiada masalah untuk MB Selangor juga menerangkan lain-lain rasional.

“Untuk mencegah hutan dibakar, musnahkan hutan – Bab ni memang saya terduduk.

“Sebab 40% bukan hutan dara, maka hutan tu dah tak berbaloi dipelihara maka elok musnahkan saja (97%),” katanya merujuk alasan Amirudin. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.