Dah Kalah, PM Masih Bermain Kata Perlekehkan Rakyat, Bidas Isham

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Sebenarnya Warisan/Pakatan Harapan (PH) kalah disebabkan rakyat sudah terlebih rasa dan semakin sengsara akibat keburukan pemerintahan PH, bidas Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil.

Isham dalam satu hantaran di Facebook, memberi reaksi demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata Warisan/PH kalah di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis kerana rakyat belum rasa kebaikan pemerintahan PH.

“Dulu PH kata “baru kahwin takkan dah nak dapat anak”.

“Namun kini sudah hampir dua tahun sejak PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), janji tidak tunai malah keadaan menjadi semakin mudarat.

“Bila sudah kalah beginipun Tun masih mahu bermain-main dengan kata-kata seolah memperlekehkan pilihan rakyat,” tegasnya lagi.

Bidasnya juga, jawatan pun mahu dipegang sampai dua walaupun kederat dan ingatan sudah tidak seberapa.

“Adakah Tun mahu berpegang kepada kuasa sehingga ke hujung nyawa walau apa pun yang menimpa rakyat dan negara?

“Kembalilah ke jalan Allah, Tun. Kuasa, jawatan dan ego itu tidak boleh dibawa ke akhirat,” ujarnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.