PRK Kimanis : Pengundi Kecewa Tidak Dapat Mengundi

KIMANIS, 18 Jan – Seorang pengundi di Parlimen Kimanis membuat laporan polis setelah beliau tidak dapat membuang undi apabila namanya telah digariskan atau dipotong sewaktu ingin membuang undi di Sekolah Kebangsaan Binsuluk.

Mzfarizah Azsiha Bt Ag Ali Omar, 30 , daripada Kg Bisuluk Membakut, berkata beliau belum lagi membuang undi apabila datang ke pusat pengundian dan bukti dapat dilihat menerusi jarinya yang belum dicelup.

“Apabila saya masuk untuk membuang undi, saya telah dimaklumkan oleh Ketua Tempat Mengundi bahawa nama saya telah digariskan atau dipotong yang bermakna telah melaksanakan pembuangan undi,” katanya.

Terdahulu sebelum itu beliau ditemani peguam, Mohd Alhafidz Mohd Lokman dan juga Ketua Pemuda Putatan yang juga seorang Peguam, Moh Reduan Aklee.
Beliau seterusnya melahirkan rasa kecewa apabila tidak dapat membuang undi pada hari ini dan berharap siasatan dapat dilaksanakan.- UMNO online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.