Pengundian Berjalan Lancar, Jentera BN Dominasi Pusat Pengundian
KIMANIS, 18 Jan – Suasana hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis dilihat agak menarik walaupun pada awalnya tidak menampakkan kehangatan jentera kempen yang merayu undi di pusat-pusat mengundi.
Tinjauan UMNO-Online di beberapa pusat pengundian mendapati majoriti perayu Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakan komponen lain termasuk PAS cukup bersemangat merayu hingga saat-saat akhir.
Di Sekolah Menengah Membakut, Sekolah Menengah Kebangsaan St Patrick, Sekolah Kebangsaan Bandau, Sek Kebangsaan Binsuluk dan Sekolah Kebangsaan Kimanis mendapati mereka tanpa segan silu dan melaungkan undi nombor satu…undi nombor satu sambil mengangkat jari sebagai simbolik kepada pengundi.
Manakala pemandu kenderaan yang melalui kawasan perayu undi pula tidak putus-putus membunyikan di kawasan pusat pengundian yang bermula awal pagi tadi.
Apa yang menariknya, jentera-jentera BN paling menonjol berbanding jentera pihak lawan malah ada pusat pengundian yang tidak kelihatan jentera Warisan.
Penimpin-pemimpin UMNO seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan pimpinan yang lain turut membuat tinjauan ke pusat-pusat pengundian.
Hari ini warga Kimanis bakal menentukan siapa pilihan mereka untuk dijadikan wakil suara rakyat di Parlimen.
Sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 68 saluran dibuka dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang ini bagi membolehkan pengundi memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.
Proses mengundi yang akan berlangsung selama sembilan jam setengah itu, membabitkan seramai 29,619 orang daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi.- UMNO Online