PSP: PH Kerajaan Gagal… Banyak Buang Masa Buat Polisi Separuh Jalan – SEDAR Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus berhenti membuang masa dengan membuat polisi yang hanya akan dilaksanakan separuh jalan, bidas SEDAR Malaysia.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook, fokus seharusnya diberikan kepada polisi-polisi yang mampu dilaksanakan sepenuhnya dan bermanfaat untuk rakyat.

“Kerajaan asyik melaksanakan polisi yang gagal, hanya menunjukkan bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang gagal.

“Kerajaan yang gagal tidak harus diberikan peluang yang berpanjangan kerana kerosakan yang berlaku tidak boleh dipulihkan dalam masa yang singkat.

“PH gagal. ‘Enough said’. Gunakan kuasa anda. Kuasa anda, kuasa rakyat,” tegasnya lagi.

SEDAR Malaysia memberi reaksi demikian mengulas mengenai Program Sarapan Percuma (PSP) yang akan diteruskan namun akan disasarkan kepada murid-murid kurang berkemampuan sahaja sebagaimana kata Pemangku Menteri Pendidikan Tun Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri (PM).

Ulas SEDAR Malaysia juga, sekiranya PSP diteruskan namun hanya menyasarkan murid-murid kurang berkemampuan, maka tiada beza dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Apa perlunya dipanggil program sarapan percuma?

“Lebih baik peruntukan untuk penjenamaan semula digunakan untuk menambah peruntukan RMT,” katanya lagi.

Begitu juga SEDAR Malaysia turut menimbulkan persoalan terhadap kenyataan PM bagi perkara yang berkaitan.

“Apa perlunya mengeluarkan kenyataan “tidak adil beri sarapan percuma kepada anak orang kaya?”.

“Adakah PM mahu mengajar kepada anak-anak kecil bahawa kaya dan miskin itu ada perbezaan kasta?

“Sedangkan anak cucu beliau sendiri dalam kategori kaya. Adakah bermaksud anak cucu beliau dalam kasta yang berbeza? Soalnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.