PH-Tradisi Menipu Rakyat… Mana Janji Program Sarapan Percuma Untuk Semua?


KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kenyataan Perdana Menteri Ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Program Sarapan Percuma hanya untuk murid kurang kemampuan hanya menyerlahkan sifat kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang meneruskan tradisi menipu rakyat, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Hanya beberapa bulan lalu, Menteri Pendidikan PH bersungguh-sungguh mendakwa Kerajaan bakal menyediakan dana sehingga RM1.67 bilion untuk Program Sarapan Percuma yang kononnya memberikan manfaat kepada 2.7 juta murid sekolah rendah menjelang 1 Januari 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Dr Mahathir semalam yang memaklumkan bahawa Program Sarapan Percuma di sekolah hanya akan disasarkan kepada murid daripada keluarga kurang mampu sahaja sedangkan sebelum ini Kementerian Pendidikan mengumumkan Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan.

“Dengan kenyataan terbaru daripada Perdana Menteri, maka jelaslah bahawa rakyat sekali lagi menjadi mangsa kepada janji kosong Kerajaan PH yang berterusan menipu dan memperbodohkan rakyat,” bidas beliau lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.