Kenapa Warisan Perjuangkan PSS… Akan Cabul Hak Penduduk Asal – Hasrol


KIMANIS, 17 Jan – Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk Hasnol Ayub berkata Pas Sementara Sabah (PSS) adalah satu perkara yang sangat penting bagi penduduk asal Sabah namun mengapa kerajaan Negeri Sabah mahu melaksanakannya.

Katanya, PSS ini bukannya perkara yang remeh malah masyarakat antarabangsa akan menilai sama ada ia berjaya ditangani atau sebaliknya.

“Kalau orang Semenanjung boleh melihat PSS ini suatu yang serius dan membimbangkan apa lagi dengan rakyat Sabah bahkan orang Semenanjung pun benar-benar bimbang. Malah seluruh dunia melihat perkara ini adalah satu perkara yang begitu serius dan harus ditangani segera.

“Kalau ada agenda-agenda tertentu yang dibawa oleh pihak yang berkepentingan, macam mana nak semak dan imbang kerana yang mengetahuinya adalah kerajaan.

“Kerajaan Warisan–PH ini tidak tahu mana kepala dan mana ekor… cara pelaksanaannya pun terburu-buru,” katanya semasa Diskusi PRK P176 Kimanis, anjuran Penerangan UMNO Malaysia, malam tadi. Diskusi ini turut disertai oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Justeru, Hasrol melahirkan rasa hairan kenapa kerajaan Warisan mahu PSS ini dibuat dengan segera sedangkan rakyat Sabah tidak mahu dilaksanakan kerana tiada keutamaan.

“Mengapa ia mahu dipercepatkan PSS ini? Hitam atau putih jika ia dilakukan atau tidak? Orang Sabah tidak mahu kerana caranya memperlihatkan ketidak perhatian kerajaan.

“Bumi Sabah ini kita yang punya… bererti rakyat Sabah yang punya. Kerajaan Warisan adalah kerajaan yang tidak berkeupayaan dan kerajaan masa ini tidak tahu apa yang hendak buat.”

Sedangkan katanya, pemimpin mesti berani membuat keputusan dan kalau menyenangkan pada masa akan datang tentulah dimaklumkan kepada rakyat.

“Warisan ini janganlah bermain politik dengan mempertaruhkan masa hadapan rakyat,” ujarnya.

Tegas beliau lagi, kepentingan-kepentingan ini yang membuatkan rakyat Sabah menjadi bimbang apabila terjadinya pencabulan hak kerana orang luar boleh datang dan satu hari nanti hak-hak rakyat peribumi akan terhakis. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.