Datuk Moh Rayu Pengundi Tetapkan Hati Undi BN Esok

KIMANIS, 17 Jan – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berharap jentera parti dapat meneruskan gerak kerja hingga ke saat akhir dan pada masa yang sama merayu pengundi untuk tetapkan hati mengundi BN.

Menurut beliau sepertimana yang diperkatakan sebelum ini, hak rakyat Sabah akan terus diperjuangkan sepertimana yang diperjuangkan oleh bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.

“Teruskan gerak kerja hingga ke saat akhir dan saya memohon, merayu, saya meminta agar semua para pengundi dan jentera sekalian ayuh… sama-sama kita perhebatkan lagi gerak kerja yang terakhir ini.

“Pastikan sanak-saudara kita, jiran-jiran kita agar bersama-sama keluar mengundi BN pada hari mengundi,” katanya di sini.

Beliau sekali mengatakan dan berjanji untuk menjadi ahli parlimen yang terbaik jika diberikan peluang dan kepercayaan oleh pengundi Kimanis.

“Sama-sama kita mengundi BN, Insya-Allah saya akan menjadi ahli Parlimen yang terbaik untuk penduduk di Kimanis. Sepertimana yang diperkatakan sebelum ini, saya akan meneruskan perjuangan Datuk Anifah yang selalu diperkatakan oleh beliau dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan ini akan saya terus perjuangkan.

“Jangan lupa… kita pasakkan tetap BN pada hari mengundi dan jangan diusik-usik lagi,” ujarnya lagi.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79