Arus Sokongan Pengundi Muda Kepada BN Meningkat

KIMANIS, 17 Jan – Orang muda di Kimanis nampaknya mula beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis setelah sebelum ini terpengaruh dengan janji-janji manis Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu.

Hakikatnya pelbagai janji telah ditabur serta ditawarkan kepada golongan berkenaan termasuklah soal peluang pekerjaan dan esok mereka antara yang termasuk di dalam pengundi di Kimanis bakal menentukan siapakah ahli parlimen yang baru pada.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Sabah, Abdul Aziz Julkarnain setelah melawat kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM), sokongan golongan berkenaan cukup ketara dan makin meningkat serta amat memberansangkan.

“Saya sudah melawat semua PDM dan melihat sokongan anak muda itu sendiri begitu meningkat dan bersama dengan kita. Mereka bersatu hati membantah Pas Sementara Sabah (PSS) sebab mereka tahu dan yakin PSS ini akan mengubah nasib mereka kelak,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau melihatkan kepada kebangkitan berkenaan, bukan sahaja golongan muda malah pengundi-pengundi yang lain juga akan memberikan satu signal yang jelas kepada kerajaan negeri hari ini.

“Insya-Allah, melihat kepada kebangkitan anak-anak muda ini kita yakin akan memperolehi sokongan daripada rakyat di Kimanis.

“JIka dahulu masa PRU lepas anak-anak muda menolak BN kerana mungkin terpengaruh dengan janji yang ditawarkan tapi pada kali ini mereka tidak lagi. Ertinya mereka akan mengundi BN sebab perkara pertama mereka tidak mahu tertipu lagi dan keduanya mereka yakin bahawa mereka perlu menyelamatkan negeri ini,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.