‘Rules Of Law’ Tidak Nampak Di PRK Kimanis – Bung Mokhtar
KIMANIS, 15 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata beliau tidak nampak ‘rules of law’ dilaksanakan di Kimanis apabila beberapa perkara yang berkaitan dengan soal pilihan raya boleh dipersoalkan.
“Saya meminta pihak Suruhanjaya Pilihan Raya ((SPR) menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Pemuda BN iaitu berkaitan kegiatan kegiatan pemimpin Warisan yang meruntuhkan bendera, banner dan sebagainya sebab Warisan tidak ada hak meroboh mana-mana harta hakmilik BN kerana ianya melanggar peraturan pilihan raya.
“Jangan Polis berdiam diri, jangan SPR berdiam diri dan mereka harus mengambil tindakan.Begitu juga dengan billboard, SPR menurunkan bilboard BN…kita minta mereka turunkan yang Warisan mereka tidak turunkan pula.
“Jadi saya tidak faham mereka mengatakan SPR akan bersikap adil, ‘rules of law’..tetapi saya tidak nampak ‘rules of law’ di Kimanis ini. Semuanya berat sebelah….sebagai agensi yang melaksanakan untuk mengendali pilihan raya mereka kena adil dengan semua parti yang bertanding,” katanya kepada UMNO-Online.
Bung seterusnya mempersoalkan di manakah Bersih yang dulu melaung-laungkan sehingga bergolek di jalan raya.
“Sekarang Bersih pun saya tidak nampak. Seharusnya Bersih berkeliaran di Kimanis ini. Demikian juga dengan SPRM. Dengar kata 300 orang di Kimanis tetapi bagaimana dengan dakwaan dengan pembelian undi tidak diperiksa oleh SPRM.
“Ini yang mencurigakan kita. Adakah SPRM sedar perkara ini berlaku atau tidak,” ujarnya. – UMNO-Online