Imej SPR Musnah Disebabkan Sikap Mereka, Bidas Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mestilah melaksanakan tanggungjawab secara adil dan tidak berpihak.

Tegas Dr Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong, kedua-dua agensi tersebut perlu pelihara kredibiliti agar tidak dipertikai yang akhirnya diragui oleh rakyat.

“Kita amat kesal kerana begitu banyak pelanggaran (Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) dilakukan oleh parti Warisan di Kimanis.

“Namun SPR berdiam diri. Ini sangat mendukacitakan. Kejadian merosakkan bendera dan poster Barisan Nasional (BN) sangat dikesali.

“PDRM dan SPR diharap tidak memdiamkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Shamsul mengulas mengenai tindakan parti Warisan yang membuat provokosi dengan merosakkan bendera dan poster BN semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Justeru bidasnya, imej SPR musnah kerana sikap mereka sendiri.

“Berlaku adillah dan jangan berpihak,” katanya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.