Orang Nak Lompat Biarlah… Kami Tetap Setia Bersama BN – Pengundi Kimanis

KIMANIS, 13 Jan – Orang lain nak lompat biarlah… kami tetap setia bersama BN kerana hanya BN yang membela nasib rakyat…. Itulah luahan ahli UMNO yang ditemui dalam kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis ini.

Umum mengetahui, sejak BN tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, ibarat ‘satu kapal’ pemimpin BN yang lari meninggalkan perjuangan.

Dek kerana tindakan itu, ramai yang beranggapan bahawa BN akan berkubur di Sabah namun ironinya, akar umbi masih terus setia meneruskan perjuangan sehingga tidak ada satu pun cawangan UMNO yang ditutup di negeri di bawah bayu ini.

Bagi Awang Osman, 69, dirinya akan tetap setia menyokong BN walaupun BN kini adalah parti pembangkang.

“Saya akan tetap setia kerana saya penyokong tegar sejak BN mula-mula masuk Sabah. UMNO sudah masak dijiwa kami.

“Walau macam-macam fitnah dilempar terhadap UMNO dan BN tapi kami hanya masuk sini (telinga kanan) keluar sini (telinga kiri),” ujarnya kepada UMNO-Online.

Rubiah Ismail, 63, berkata, dia memilih untuk setia bersama BN kerana telah terbukti parti keramat ini adalah yang terbaik dan sentiasa membela nasib rakyat.

“Apa yang rakyat minta sentiasa ditunaikan. Sebab itu walaupun BN sudah jadi pembangkang saya pilih untuk setia, saya tidak akan berundur walau ada parti yang datang… saya tetap dengan BN,” tegasnya.

Bagi Siti Aimah Sabri, 64, sejak arwah ayahnya masih ada lagi, mereka sekeluarga setia bersama BN.

“Kalau orang nak melompat biarlah… kami dari dulu arwah ayah memang mengundi UMNO. Kami tetap percaya dengan kepimpinan UMNO dan BN.

“Saya tidak peduli dengan fitnah yang dilemparkan sebab kami nampak hanya BN dan UMNO yang membela nasib rakyat,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.