PSS Tidak diluluskan Oleh BN, Tegas Yakub Khan

KIMANIS, 10 Jan – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Yakub Khan menjelaskan Pas Sementara Sabah (PSS) tidak diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini sebaliknya satu usaha yang dilakukan untuk mengatasi pendatang asing ke negeri terbabit.

“Mereka mengatakan kononnya PSS ini adalah usaha daripada kerajaan BN dahulu. Mereka hanya meneruskan. Saya ingin perjelaskan isu ini timbul tentang warga asing terlalu ramai maka pihak kerajaan telah menubuhkan satu RCI untuk membuat kaji selidik.

“Dalam RCI ini telah diadakan beberapa bengkel untuk membincang bagaimana mekanisme yang digunakan, apa kaedah yang digunakan untuk diberikan kepada pendatang asing tanpa izin. Sudah tentu di dalam bengkel seperti kita bermesyuarat di dalam JKK, 10 orang mesyuarat 10 orang ada buah fikiran.,” katanya ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Binsuluk, di sini, malam tadi.

Turut berceramah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya lagi apabila di dalam bengkel, dan isu berkenaan dibentangkan seorang demi seorang membentangkan buah fikiran apa kaedah dan sebagainya lagi.

“Apabila bengkel membentangkan isu ini, seorang demi seorang melahirkan buah fikiran apa kaedahnya.

“Setelah bengkel selesai diangkat semula isu ini untuk dibincangkan di peringkat tertinggi RCI dan setelah diteliti serta diperhalusi dan dibincang, tidak ada PSS diluluskan oleh BN,” ujarnya.

Beliau seterusnya mengajak rakyat agar sama-sama menghayati lagu Sabah Tanah Airku dan sama-sama bersatu.

“Hayati lagu Sabah Tanah Airku. Negeri kita yang tercinta. Ayuh bersatu semua. Senikata dalam lagu Sabah…lagu ini perlu kita hayati. Sematkan di dada kita apa makna lagu itu.

“Kalau kita berjaya menyematkan lagu ini sebagai panduan kita menerajui negeri ini, saya yakin tidak kira penyokong UMNO, BN mahu pun Warisan, PKR dan segalanya demi bumi tercinta ini ayuh kita perjuangkan menentang PSS,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.