Kit Siang Dipersoal Dakwa PH Kerajaan Berintegriti Tapi Pendakwaan Terpilih…

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempersoalkan bagaimana Lim Kit Siang boleh mendakwa Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang berintegriti apabila tindakan undang-undang hanya diambil terhadap mereka yang di dalam pembangkang?

Ujarnya, untuk benar-benar menunjukkan integriti, undang-undang patut diaplikasi tanpa ragu dan bimbang serta bukan pendakwaan terpilih kerana ia bermakna penganiayaan politik.

“Bagaimana dengan keputusan untuk menghentikan kes mahkamah terhadap anak anda sendiri? Dan keputusan untuk melantik peguam anak anda sebagai Peguam Negara? Dan untuk melantik ahli politik PKR yang terkenal, Latheefah Koya, sebagai ketua pesuruhjaya SPRM?” soal beliau.

Beliau berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap tulisan terbaru Kit Siang di dalam blognya.

Shahrir turut mempersoalkan bagaimana dengan tidak meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam projek air Sabah?

“Terutamanya selepas penemuan wang tunai RM52 juta dan akaun bank bernilai RM60 juta. Semua ini didokumentasikan oleh media.

“Terdapat lebih banyak contoh penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang diamanahkan dengan kuasa untuk menyiasat, menguatkuasakan undang-undang dan mendakwa.

“Saya benar-benar berharap anda dan para pemimpin Dap akan membawa ‘Kuasa Politik Sandakan’ ke Kimanis supaya pengundi dapat melihat tangan Dap dalam politik Sabah,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Oleh: Amani Farihin

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.