Jentera Mantapkan Gerak Kerja Pastikan Datuk Moh Jadi Wakil Rakyat Kimanis

KIMANIS, 6 Jan – Pemilihan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) di sini menyemarqkkan semangat jentera untuk berkempen dengan lebih gigih sepanjang tempoh tersebut menjelangnya hari pengundian pada 18 Jan nanti.

Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kimanis Mandahan, Hj Sukar Ngadiran berkata pemilihan Datuk Mohamad Alamin atau lebih dikenali Datuk Moh seiring dengan hasrat mereka dan percaya akan mendapat kepercayaan daripada penduduk setempat.

“Kami sudah mengenali beliau kerana sebelum ini beliau pun pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan. Alhamdulillah… hari ini beliau dicalonkan sekali lagi untuk PRK Parlimen Kimanis. Layak beliau menjadi calon di sini kerana jika daripada segi keupayaan dan kebolehan beliau sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

“Hubungannya dengan masyarakat sekitar memang mesra. Beliau rajin masuk kawasan dan jika ada kematian dan kenduri serta sebagainya lagi beliau masih menghadiri walaupun beliau tidak lagi menjawat jawatan ADUN,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi Datuk Moh juga mudah didampingi dan mesra dengan masyarakat setempat pelbagai kaum dan pelbagai agama malah inilah kelebihan yang ada.

“Tidak dinafikan… memang tidak dinafikan keupayaan dan kebolehan beliau. Semangat kami dan jentera akan sentiasa bekerja kuat untuk bersama-sama dengan Datuk Moh,” ujarnya.

Sementara itu jentera BN di PDM yang sama, Sabarudin Ismail menggambarkan kegembiraan yang cukup tinggi setelah pimpinan parti memilih Datuk Moh untuk mewakili BN pada PRK terbabit dan jentera parti akan berusaha keras dalam membantu kemenangannya kelak.

“Pengundi 40 tahun ke atas rasanya cukup bangga dengan apa yang kami dengar yang telah diumumkan oleh UMNO Sabah bahawa Ketua UMNO bahagian Datuk Mohamad Alamin selaku sebagai calon BN. Pengumuman yang dibuat itu memang kami cukup alu-alukan kerana beliau seorang pemimpin dedikasi, mesra dengan rakyat.

“Pada kami beliau seorang yang dikenali bukan sahaja sebagai rakan-rakan malahan di kampung-kampung. Panggilan Datuk Moh untuk beliau di sini memperlihatkan keakraban dan kemesraan beliau yang tidak kekok dengan masyarakat setempat. Insya-Allah kami akan memastikan kemenangan berpihak kepada BN,” tambahnya.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.