BN Tidak Akan Restu Politik Provokasi Di PRK Kimanis

KIMANIS, 6 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Asyraf Wajdi berkata, Barisan Nasional (BN) tidak akan merestui perlakuan dan budaya politik provokasi melampau kerana BN menjunjung tinggi nilai akhlak dan politk yang ada berwibawa.

Jelas beliau, Pakatan Harapan (PH) Warisan ini sebenarnya sudah mulai tertekan dan kerana itulah mereka mengulangi irama lagu yang lama dalam melakukan provokasi di PRK Kimanis ini.

“Mereka sebenarnya agak tertekan kerana apa yang mereka janjikan kepada rakyat tidak tertunai dan selepas 19 bulan Warisan menerajui kerajaan negeri di Sabah dan PH peringkat kerajaan pusat, rakyat mula merasa ditipu.

“Saya ingat Istilah kencing atau hancing hanya popular di Semenanjung tapi rupanya di mana sahaja saya pergi di sini, ia juga popular.

“Rakyat kini nak ubah balik sebab mereka tidak tahan dengan penipuan yang kerajaan hari ini lakukan. Sudahlah janji bulan dan bintang tidak ditunaikan, hari ini akibat terdesak mereka masih melagukan irama yang sama, BN pencuri, BN perompak,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Asyraf, hari ini rakyat sudah mulai dapat merasai perbezaan yang ketara antara BN dengan kerajaan PH Warisan.

“Apa yang kerajaan BN tidak buat untuk rakyat Sabah. Saya dengar sendiri bila mereka merasakan kehilangan yang besar bila mereka silap undi pada PRU-14 yang lalu,” ujar beliau.

Namun begitu Asyraf mengingatkan para jentera agar jangan terlalu yakin dan harus terus berkerja kuat bagi memastikan kemenangan BN di Kimanis ini. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.