Sabah Untuk Sabah: Shafie Patut Tengok Diri Sendiri, Isteri Pun Orang Semenanjung….

KIMANIS, 5 Jan – “Shafie patut tengok diri dia, isteri diapun orang Semenanjung. Adakah saranan dia itu sebenarnya untuk diri sendiri?” ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

katanya, kempen politik yang cuba dimainkan oleh Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal jelas menunjukkan Warisan sebenarnya sudah tertekan dan terdesak melihat sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Tambah Sharkar, UMNO telah melakukan banyak reformasi dan antaranya adalah memberi autonomi kepada UMNO Sabah.

“Soal semananjung atau tidak, tidak timbul. UMNO telah banyak malakukan perubahan terutama UMNO itu sendiri telah melakukan reformasi dan antaranya ialah memberi kuasa autonomi kepada UMNO Sabah kerana orang Sabah lebih memahami masalah di Sabah, sama juga macam orang Mekah lebih memahami lorong-lorong di Mekah… sebab itu kita beri UMNO Sabah autonomi.

“Tapi sekarang ini bukan soal jiwa tidak jiwa, soalnya ialah ‘delivery’, soal kerajaan sekarang ini tunai atau tidak janji. Rakyat tidak kisah sama ada jiwa Semenanjung, jiwa Amerika, jiwa Sabah, jiwa Sarawak tetapi kalau janji tidak ditunai, jiwa apapun tidak guna,” bidas beliau.

Shakar turut menjelaskan, sepanjang membantu kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis ini, ramai pengundi yang meluahkan perasaan sudah bosan dan tidak sabar mahu menukar tampuk pimpinan negeri dan pusat.

“Rakyat sudah sedar mereka telah salah pilih. Apatah lagi bila kerajaan negeri mahu melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS), ini lagi menaikkan kemarahan rakyat,” ujar beliau.

Semalam, ketika berucap di majlis sambutan Krismas dan tahun baru di pekan Membakut, Shafie merayu kepada pengundi Kimanis agar memilih calon yang tahu kehendak penduduk Sabah.

Beliau mahu para pengundi memilih orang Sabah, hati dan jantungnya Sabah, mukanya orang Sabah; bukannya mukanya orang Sabah, tapi hatinya UMNO Kuala Lumpur. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.