Dasar Pun ‘Kong Kali Kong’ Sesama Menteri PH Pun Kena Kencing – Noh

TANJUNG PIAI, 11 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar membidas pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) yang seringkali bercanggah pendapat dan tidak selari dalam satu-satu perkara.

Dalam hal ini beliau memberikan contoh bagaimana isu had umur belia yang baru-baru ini menjadi polemik sedangkan pernah suatu ketika semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu ingin meminda had umur belia bawah 40 tahun, ianya telah dibawa berbincang ke Kabinet namun ramai pihak yang tidak mempersetujuinya.

“Ini kerana akta had umur belia bawah 30 tahun yang dipinda oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercanggah pendapat dengan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang menganggap bawah 40 tahun masih lagi belia.

“Kepimpinan menteri PH kena ‘kencing’ sesama menteri.” katanya semasa Ceramah Umum di pekarangan rumah Dahlan Alwee, Taman Rambah, malam tadi, di sini.

Jelasnya, Majlis Belia Malaysia (MBM) tidak bersetuju dalam hal ini malahan ada juga isu-isu lain yang sesama menteri dalam PH pun bercanggah pendapat.

“Sebagai contoh terdapat negeri di bawah jajahan PH iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang tidak bersetuju dengan penurunan harga rumah RM600 ribu kepada warga asing sedangkan ia diumumkan oleh Menteri Kewangan PH.

“Kalau dasar ‘kong kali kong,’ dan dasar pun ‘kencing’ antara satu sama lain, bagaimana nak menghormati pelabur-pelabur asing yang nak datang… macam mana mahu terus membangun negara ini?”

Dasar yang dibuat PH pun tidak menguntungkan rakyat dan negara malah menteri-menteri PH pun tidak bersetuju antara satu sama lain, katanya lagi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohd Sadique; Ketua Perhubungan MCA Kelantan, Chua Hock Kuan; Ketua Penerangan Pemuda UMNO Perak, Mohamad Shafiq Fadly; Pengerusi Kampung Rambah, Rejab Tasrip dan penduduk Taman Rambah.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang menjelaskan mengenai serpihan parti-parti yang terdapat di Malaysia yang terdiri daripada UMNO, PAS, dan MCA yang terdiri dari PPBM, PKR, Pan dan Gerakan, dan juga Dap serpihan dari PAP (Singapura).

“Hari ini parti serpihan mereka bergabung dan tipu rakyat. Sebab kamu serpihan, semua kaki penipu, semua kaki kencing, hari ini rakyat akan hukum kamu dan saya yakin rakyat Tanjung Piai akan menghukum PH dan akan memberikan semangat kepada BN.

“Ini bukan hanya soal bagaimana hendak menguruskan negara tapi rakyat kena sedar parti mana yang berkuasa dibelakang PH, maka Daplah yang dibelakang PH,” tegasnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.