PRK Tanjung Piai Permulaan Hidupkan Kembali Semangat Muhibah

TANJUNG PIAI,8 Nov – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar Dr. Mohamed Azam Rauzan berkata, semangat muhibah harus dikembali dan dihidupkan semula bagi memastikan perpaduan semua kaum di negara ini terjamin dan ia boleh dimulakan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Jelas beliau, ini sangat penting demi menyelamatkan negara ini dari terus rosak di bawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Apa yang sudah jadi pada PRU-14 adalah nostalgia… itu semua kerana ‘ini kalilah’… apalah… tapi sekarang kita harus terus melangkah ke hadapan kerana Malaysia perlu diselamatkan, semangat muhibah harus dikembalikan dan mari kita bermula di Tanjung Piai,” ujar beliau ketika menjadi tetamu jemputan dalam segmen PRK P165 Tanjung Piai yang bertajuk ‘Transformasi BN Menawan Putrajaya’ yang disiarkan secara langsung menerusi FB UMNO-ONLINE.

Tambah Azam, walaupun banyak pihak yang mempertikaikan calon yang diketengahkan oleh BN dalam PRK ini namun semua pihak harus berlapang dada dan berfikiran jauh ke hadapan.

“Walaupun ramai pertikai kenapa tak letak calon UMNO tetapi kita harus jujur… nak menang atau kalah? Perpaduan ummah ini hanya sebahagian kerana apa yang penting adalah Muafakat Nasional.

“Bayangkan dalam keadaan UMNO nak ‘transform’ kepda satu parti yangg gagah, kerajaan pula mainkan peranan menyebar cerita kononnya perpaduan ummah ini jadi taliban, habiskan bangsa Cina… tapi sekarang kita dah buktikan betapa indahnya BN itu yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana parti lain.

“Akhirnya pucuk pimpina memilih calon yang tepat maka kita harus terbuka… bukan hanya berfikir di luar kotak tapi berfikir dalam kotak yang lain,” jelas beliau.

Bercakap pengenai calon BN iaitu Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng ujar beliau, ia adalah pilihan yang sangat tepat kerana Wee disayangi ramai tanpa mengira bangsa.

“Orang Melayu sayang dia. Jiwa dia jiwa Melayu… namanya Wee Jeck Seng. Dia bekerja dengan kasih sayang, bukan sebab nak dapat gaji… jadi yang orang luar tak perlulah nak cakap perkara bukan-bukan.

“Saya kenal dia… saya bagi lima bintang kepada prestasi Wee Jeck Seng. Sebab itu orang dulu yang tak undi dia pun sekarang dah janji nak undi dia. Dari segi kualiti calon, kita sudah menang,” ujar beliau lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.