Mana ‘Rule Of Law, Apakah Ini Juga Hanya Kebetulan…?


KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan ‘kebetulan’ dua perkara yang berlaku semalam iaitu selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Dia perkara tersebut ialah penegasan kerajaan untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) secepat mungkin dan penarikan balik pertuduhan ke atas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dap berkaitan LTTE oleh pihak Peguam Negara tanpa dikemukakan sebarang sebab di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

“Apakah ini hanya kebetulan?” soal ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan media hari ini.

Soalnya lagi, apakah benar Tun Dr. Mahathir Mohamad ditekan pimpinan Dap untuk beralah dalam dua isu yang melibatkan kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara?

“Di manakah prinsip ‘rule of law’ yang dicanang-canangkan?

“Selepas pertuduhan rasuah melibatkan rumah banglo Lim Guan Eng ditarik balik walaupun mahkamah telah mulakan prosiding, Peguam Negara harus segera tampil menjawab insiden terbaru ini,” tegas beliau lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.