Isu LTTE: Kenapa Peguam Negara Bertindak ‘Double Standard’ – Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan Peguam Negara (AG) ekoran keputusan Mahkamah Sesyen hari ini yang membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan terhadap pemimpin Dap yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Kenapa AG bertindak ‘double standard’ kepada mereka yang disyaki dalam kes LTTE yang melibatkan pendakwaan dengan undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berbanding mereka yang ditangkap, didakwa dan dihukum sebelum ini yang melibatkan tuduhan kesalahan yang lebih kecil?

“Apakah kerana mereka yang ditahan kali ini merupakan pemimpin dan pengikut Dap?” soal beliau lagi menerusi satu kenyataan ringkas dalam Facebooknya, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Adun Dap bagi Seremban Jaya P Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman beliau.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 2844, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya dan nombor 139, Kampung Baru Rahang, di sini, masing-masing pada pukul 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Okt lepas.

P Gunasekaran bersama G Saminathan terdahulu telah ditahan di bawah SOSMA kerana dikatakan mempunyai hubungan LTTE. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.