Syed Saddiq Hormatlah ‘Rule Of Law’… ‘Justice Delayed Is Justice Denied’ – Asyraf Wajdi


KUALA LUMPUR, 5 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dususki memohon Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar menghormati ‘Rule of Law’.

Ini berikutan telah beberapa kali mahkamah terpaksa menangguhkan perbicaran ekoran kegagalan Syed Saddiq hadir berhubung pertuduhan mencederakan dan mengaibkan seorang menteri terhadap Exco Pemuda, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

“Saya mohon YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hormatilah ‘Rule of Law’ yang saudara sering canang-canangkan. Sudah banyak kali mahkamah ditangguhkan akibat kegagalan YB hadir sebagai saksi utama dalam kes jenayah yang YB sendiri buat laporan mengalami kecederaan ‘tisu koyak’ (soft tissue injury) akibat didakap oleh Exco Pemuda kami Sir Azri.

“Akibat laporan polis YB jugalah beliau kena bermalam di lokap untuk beberapa hari sebelum didakwa di mahkamah. Malangnya bila tiba waktu bicara YB sering menghilangkan diri. Mohon YB tidak lagi menguzurkan diri! ‘Justice Delayed is Justice Denied’,” katanya dalam kenyataan menerusi facebooknya semalam.

Semalam, peguam kepada anggota, Wan Muhammad Azri telah memohon Mahkamah Majistret Kajang mengeluarkan waran tangkap ke atas Syed kerana gagal hadir untuk perbicaraan.

Wan Muhammad Azri hadir ke mahkamah pagi semalam sebagai tertuduh atas kesalahan mencederakan dan mengaibkan Menteri Belia dan Sukan pada Februari lalu sementara kerana Syed Saddiq menjadi saksi utama perbicaraan itu tidak hadir. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.