Calon PH Dicabar Hidup Dengan ‘Income’ RM1000… ‘Still’ Boleh Makan…

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan membidas calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini yang menganggap rakyat hari ini patut bersyukur.

Terdahulu, dalam ucapan semasa kempen PRK di PDM Penerok, Karmaini memaklumkan menerima keluhan rakyat berkaitan harga komiditi sawit yang turun namun katanya rakyat patut bersyukur kerana duduk di kampung jadi apa sangat yang nak dibayar.

“Duduk di kampung RM1000 sebulan sudah cukup, kita patut bersyukur walaupun benda tu sikit taki kita still boleh dapat makan lagi, walaupun sedikit masih boleh makan,” kata Karmaine.

Sehubungan itu, Zahida mencabar Karmaine untuk berbuat demikian.

“OK! Kita cabar beliau hidup dengan income banyak tu, dalam zaman PH yang serba mahal bila terpaksa bayar cukai berganda SST dan cukai-cukai lain sekarang ni,” katanya menerusi laman media sosial beliau hari ini.

Tegasnya, sebagai calon wakil kerajaan, adakah hanya ini tawaran kepada pengundi yang ramai dari keluarga pengusaha kelapa sawit?

“Saya rasa ini mungkin antara akibat terlebih minum minyak sawit. Mereka sedang selesa di Putrajaya, rakyat pula diminta bersyukur.

“Ini semua nak halalkan tindakan mereka hapus dan kurangkan bantuan kepada rakyat.”

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat agar jangan lupa mengundi Barisan Nasional (BN) pada 16 Nov nanti. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.