Rakyat Tg Piai Jangan Terpedaya Dengan PH Buat Kali Kedua – Ismail

TANJUNG PIAI, 3 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati pengundi agar jangan terpedaya sekali lagi dengan Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, PH sebenarnya tidak yakin boleh memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan apabila menang mereka tidak menunaikan apa yang dijanjikan dalam manifesto.

“Seperti diketahui banyak janji-janji yang dulu dibuat tidak ditepati dan dia (PH) sendiri mengatakan bahawa janji manifesto bukannya kitab suci dan tak perlu ditepati malah PH memang tidak boleh tepati janji kerana dia (PH) berjanji kerana tidak yakin menang pilihan raya.

“Di sini juga (Tanjung Piai) banyak janji-janji yang akan dibuat oleh calon PH, menteri-menteri PH yang akan turun dan berbagai-bagai janji,” katanya kepada UMNO-Online, ketika ditemui selepas program ‘walkabout’ di pasar malam Pekan Nenas, Pontian petang semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Seterusnya, Ismail berkata ternyata selama ini BN yang sentiasa menunaikan janji dan apabila PH mengambil alih kerajaan mereka gagal untuk menunaikan segala janji.

Begitu juga kini rakyat tidak kira dari golongan mana sedang menghadapi keperitan hidup akibat kegagalan kerajaan PH mengurus negara dengan baik, tegasnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.