Rakyat Perlukan Wakil Yang Berkhidmat, Bukan Yang Suka Janji Kosong – Najib

TANJUNG PIAI, 2 Nov – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng adalah layak mewakili rakyat di kawasan tersebut memandangkan beliau berpengalaman luas dalam menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, selama Jeck Seng menjadi Ahli Parlimen lalu beliau selalu membantu rakyat tanpa mengira latar belakang termasuk masyarakat luar bandar.

“Beliau ada budi dan akan meneruskn dasar ini untuk tolong orang Melayu, Cina (dan lain-lain) di kawasan ini.

“Kita pilih orang yang hatinya betul. Kita tak pilih pada rupa, kita tak pilih orang pada warna kulit, kita pilih orang pada hati… kalau hati dia (Jeck Seng) betul maka orang itu yang betul dan boleh bantu kita,” katanya dalam program bersama rakyat di Pusat Daerah Mengundi Sungai Boh, di sini malam tadi.

Ulas Najib, rakyat memerlukan wakil rakyat yang benar-benar mampu memberi khidmat dan bukan hanya berjanji kosong.

“Kita nak wakil rakyat yang boleh bantu kita dan kita nak PRK Tanjung Piai ini selangkah lagi untuk kita tawan Putrajaya.

“Perjalanan ke Putrajaya sudah bermula di Cameron Highlands dan ia singgah di Tanjung Piai. Bila kita menang empat kosong nanti, barulah dia (PH) takut, barulah dia tahu tinggi rendahnya langit, barulah dia tahu di mana bumi dipijak.

“Sebab rakyat menolak kerajaan PH. Rakyat sudah serik kena tipu, rakyat tidak mahu kena bohong, rakyat tak nak kerajaan zalim, rakyak nak kerajaan BN kerana BN lebih baik dari PH,” katanya lagi.

Dalam ucapannya, Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu juga berkata satu hakikat yang tidak boleh dinafikan yang jelas kelihatan, kerajaan PH sebenarnya dikawal oleh Dap.- UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.