PM Tidak Perlu Tunduk Desakan Tangguh Isu Jawi

KANGAR 7 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diharap tidak berganjak dengan keputusan beliau untuk melaksanakan pengajaran penulisan khat dan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 mulai tahun depan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, penulisan khat dan tulisan Jawi tidak berkait dengan agama dan tidak perlu ditentang oleh orang bukan Islam.

“Mata pelajaran ini pula bukan mandatori dan perlu dipelajari oleh murid bukan Islam,” katanya kepada media semasa ditemui selepas sesi Libat Urus Bersama Kerajaan Negeri Perlis dengan Kementerian Hal Ehwal ekonomi Bagi Penyediaan RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) semalam.

Media sebelum ini melaporkan dua kumpulan pendesak Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) mengulangi pendirian mereka mahu kerajaan menangguhkan keputusan itu. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.