Speaker DUN Melaka Digesa Tegas, Minta ADUN Pengkalan Batu Mohon Maaf

MELAKA, 18 Julai – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka digesa agar dapat mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana wakil rakyat yang tidak bertindak seperti sepatutnya demi untuk menjaga kemuliaan dewan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh yang mengadakan perjumpaan dengan Speaker DUN pagi tadi telah berbuat demikian ekoran kekecohan yang berlaku di sidang DUN baru-baru ini sehingga terdapat penghinaan kepada bentuk fizikal.

“Di dalam perjumpaan tadi, kami menegaskan bahawa kebiadapan YB Pengkalan Batu yang secara sengaja telah menghina sifat fizikal YB DUN Serkam telah mencemarkan dewan yang mulia dan telah meletakkan taraf dewan di tahap serendah- rendahnya.

“Kami menegaskan bahawa YB Pengkalan Batu harus meminta maaf secara terbuka kepada YB Serkam,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan penghargaan atas penerimaan kunjungan anggota Pemuda UMNO ini.

“…dan alhamdulilah,YB speaker bersetuju dengan cadangan kami dan beliau berjanji akan menyelesaikan perkara ini dan perkara ini juga akan dibawa ke pengetahuan YAB Ketua Menteri.

“Kami percaya dan yakin rakyat seluruh negeri melaka terutamanya ingin melihat pemimpin mereka mengamalkan sifat profesional dan matang dalam segala aspek dan bukannya bertindak dan bercakap tanpa menggunakan akal fikiran.

“Insya-Allah kami akan terus komited untuk membawa suara rakyat demi untuk kebaikan rakyat,” katanya lagi yang membawa cogankata ‘Pemuda berani, berilmu’.

Dilaporkan, dalam persidangan pada 16 Julai lalu, YB NorHizam Hassan Baktee, Adun Pengkalan Batu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada YB Datuk Zaidi Atan ADUN Serkam. – MediaUMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit